Quote:
|
BE A GOOD MUSLIM OR DIE AS FIGHTER
|
''Perbandingan Dunia
& Akhirat,Seperti Seorang yang Mencelupkan jarinya Kedalam laut,lalu
Diangkatnya dan Dilihatnya (jarinya tersebut) Apa yang Melekat pada
Ujung Jari Itulah Dunia,Sedangkan Sisanya Yaitu Air Di Lautan,Maka
itulah Kenikmatan Akhirat. ''(HR Muslim dan Ibnu Majah)
Rasullulah Bersabda: ''Maka Apabila Dajjal sudah Terbunuh,Orang Yahudi
pun Menjadi Hancur Lebur Barisannya,Yakni Yang Sama-sama Berperang Untuk
Membela Dajjal Itu dan Jumlahnya ada Tujuh Puluh Ribu''
Quote:
Yaa Allah!
ku Memohon Kepadamu semoga Hamba-hambamu Dapat Berbaris Merapat Dengan
Imam Mahdi & Nabi Isa a.s dalam Melawan Dajjal & Pasukan''nya..
Amin!
|
Spoiler for tentara Allah:
*” Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa:
“Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik,
dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas
sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air.
Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti
untaian mutiara.
*Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga
di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada
waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata:
“Sesungguhnya tidak ada di
Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada
disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada
tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani
yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan
nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
*Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya
ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan
akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada
Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun
nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih
kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti
menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan
mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan
menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan
Dajjal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia
akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga
harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain
dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu
berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan
disembahyangkan oleh kaum muslimin.”
*Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi
sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi
kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi
Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua
Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu
semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman
Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w
selaku nabi terakhir.
* Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah.
Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau
diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan
izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang
nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajjal:
“Ya
Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w
menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke
Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi
menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh,
tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang
kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil
memegang bahu Imam itu berkata:
“Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.
*“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah:
“Bukakan pintu
itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di
situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.
“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba saja layu
atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal itu lari
terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus
saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah
Nabi Isa membunuh Dajjal itu.
*“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada
waktu itu. Mereka coba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat
mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin
Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan
sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang
mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok
berduri (disebut pokok Yahudi ( kastkus )), jika mereka bersembunyi di
bawahnya, pokok itu akan berkata:
“Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
*Kata Rasulullah s.a.w lagi:
“Dajjal akan berada di dunia selama
empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang
seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang
terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk
kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain
hari pun masuk waktu malam.”
* Mendengar yang demikian ada yang bertanya:
“Bagaimana kami
mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan
waktu yang panjang sekarang ini.”
* Rasulullah s.a.w berkata:
“Isa bin Maryam akan memimpin umatku
dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang
ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan
menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai,
bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak
menerimanya.
*“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada
saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama
makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan
harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan
dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian,
keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada
pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain
Allah
Spoiler for perang akhir zaman: